Tuesday, March 3, 2020

Isu Diskriminasi

Isu Diskriminasi


Image result for diskriminasi

Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia.
Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusifirma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut:
  • Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang diwakillinya.
  • Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya.
  • Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan individu berkenaan mewakili kumpulan tertentu.



Image result for diskriminasi di malaysia


Isu Diskriminasi di Malaysia.

Isu Diskriminasi Pekerjaan
Isu berkenaan diskriminasi terhadap pencari kerja dan pekerja menjadi topik yang semakin hangat dalam kalangan masyarakat. Menurut Astro Awani, kerajaan telah mengambil tindakan jika wujud diskriminasi oleh majikan terhadap pemohon kerja walaupun tiada peruntukan undang-undang khusus yang melindungi golongan itu.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata, Akta Kerja 1955 sedia ada lebih menjurus menjaga kepentingan mereka yang telah bekerja dan pencari kerja pula belum termasuk dalam skim pekerjaan. Beliau juga berkata walaupun terdapat pihak yang menyatakan kebimbangan mengenai diskriminasi terhadap pencari kerja namun kementerian tersebut tidak menerima sebarang aduan rasmi yang berhubung tentang perkara tersebut. Sebenarnya, pencari kerja yang pernah melalui pengalaman didiskriminasi boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk siasatan.
Sebagai contoh, terdapat sebuah syarikat di Sungai Petani, Kedah yang mengiklankan bahawa mereka hanya ingin mengupah pekerja yang fasih dalam bahasa Mandarin. Mahfuz juga berkata, kecuaian membuat iklan sedemikian telah memberi persepsi majikan bersifat perkauman. Hal inilah yang sering dijadikan isu dalam isu diskriminasi. Hal ini telah menunjukkan bahawa kekecuaian sesebuah majikan untuk membuat iklan yang tidak cermat telah menimbulkan salah tafsir umum. Walau bagaimanapun, setelah diberi nasihat, syarikat tersebut telah memohon maaf atas kekecuaian dan kesilapan yang berlaku.
Mahfuz turut menegaskan bahawa perkara ini adalah tidak wajar untuk sesebuah majikan meletakkan kelayakan diambil bekerja berasaskan isu-isu bersifat diskriminasi seperti jantina, bangsa, agama, kehamilan dan sebagainya.

Isu Diskriminasi Agama
Diskriminasi atas dasar kepercayaan agama dialami oleh golongan majoriti atau umat Islam di negara kita. Sebagai bukti, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar mendakwa bahawa pihak beliau telah menerima aduan terdapat pelajar yang menghantar permohonan menjalankan latihan industri, namun tidak diterima kerana bertudung. Justeru, terdapat juga hotel yang bukan hanya menguna polisi larangan memakai tudung terhadap pekerja wanita Islam tetapi turut mengarahkan pelajar yang mahu menjalani latihan industri memakai mini skrit yang jelas bercanggah dengan penampilan sebagai wanita Muslimah. Walaupun terdapat wanita-wanita yang membuat surat rayuan kepada majikan mereka tetapi mereka tidak diendahkan.
Walau bagaimanpun, isu-isu ini turut menjadi perhatian apabila Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mendedahkan terdapat aduan daripada kakitangan hotel mengadu mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam. Menurut Uni-MLC, larangan yang sama juga dikenakan oleh pelajar yang menghadiri kursus perhotelan dan pelancongan apabila mereka cuba memohon latihan amali. Namun bergitu, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dilaporkan bahawa mereka akan mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung semasa bekerja. Hal ini kerana itu  merupakan salah satu bentuk diskriminasi.


Cara Penyelesaian Isu Diskriminasi
1. Peranan Ibu Bapa

 Image result for ibu bapa
Keluarga adalah orang yang paling rapat dengan remaja. Ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik dan membentuk sahsiah mereka supaya anak-anak mereka menjadi seorang yang berguna. Dengan ini, ibu bapa perlu menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa mesti berkelakuan baik supaya dapat mempengaruhi anak untuk menteladani tingkah laku baik yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Hal ini demikian kerana anak akan mencontohi perlakuan orang di sekelilingnya. Sebagai contoh, ibu bapa perlu bersopan santun dan menunjukkan kepada orang lain. Anak-anak yang sering mencontohi tingkah laku ibu bapa yang baik, maka tidak akan melibatkan diri dalam isu diskriminasi.  


2. Peranan Media Massa
Image result for media massa

Media massa mampu membentuk pemikiran dan mempengaruhi minda seseorang. Oleh itu, sudah tentulah usaha untuk membentuk insan yang berakhlak mulia dapat dilakukan melalui media massa. Seb
sebagai contoh, pihak syarikat televisyen dapat memaparkan keburukan dan kekurangan isu diskriminasi berlaku dalam sesebuah negara  melalui iklan-iklan atau video. Hal ini demikian kerana televisyen adalah satu media eletronik yang sering digunakan oleh masyarakat Malaysia dan pemikiran penonton terutamanya kananak-kanak senang untuk dipengaruhi oleh segala yang ditonton daripada media massa. Kesannya, penonton tidak akan membuat sedemikian kerana mereka mengetahui kesan yang dibawa oleh isu diskriminasi. Jelaslah bahawa media massa memainkan peranan penting dalam mengurangkan kes diskriminasi.

3. Peranan Pihak Sekolah

Image result for sekolah

Setiap individu perlu belajar di sekolah atau institusi pendidikan sejak kecil lagi. Pihak sekolah dan pendidik berperanan penting untuk mengelakkan isu diskriminasi dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah bukan sahaja mengutamakan bidang akademik sahaja, maka perlu mementingkan tingkah laku pelajar. Pihak sekolah dapat merancangkan pelbagai jenis aktiviti yang sesuai supaya pelajar bersikap baik dan tidak membuat sesuatu yang dilarang. Antara aktiviti ialah pihak sekolah menganjurkankan ceramah atau kempen kesedaran yang berkaitan dengan kesan buruk masalah diskriminasi  terhadap seseorang dan proses pembangunan negara. Melalui proram-proram yang telah dianjurkan, nilai saling menghormati dan menjaga hak sendiri mesti diterapkan dalam sanubari remaja masing-masing dan remaja akan mengamalkannya secara tidak langsung.

4. Agama dan Ajaran


 Image result for temple

Agama dan ajaran memainkan peranan penting untuk mengelakkan dan mengurangkan kes diskriminasi berlaku. Hal ini demikian kerana agama sangat menuntut penganutnya berakhlak mulia. Sebagai contoh, orang yang berpegang agama digalakkan memberikan penghormatan kepada orang lain, tidak mementingkan diri sendiri, dan bersifat penyayang. Sikap buruk yang perlu dielakkan adalah seperti berzina, membuli dan sikap pemulauan. Dengan ini, orang akan menjadi seorang yang bersikap baik serta tidak membuat perkara yang dilarang. Oleh itu, kita mesti sentiasa menghadiri majilis ilmu agama dan berpegang agama dengan kuat.




Rujukan:

Noor Hisham Md Nawi, Konsep Insan Moral, Menurut Acuan Malaysia, Jurnal Perspektif Jil.2 Bil 1


No comments:

Post a Comment